Friday, December 28, 2012

Nasihat Kubur


Nasihat Kubur:
  1. Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
  2. Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.
  3. Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
  4. Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
  5. Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
  6. Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
  7. Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Sunday, December 16, 2012

DoA seBeLuM DaN seLePaS maKaN

Assalamualaikum wbt

Sebelum menikmati sesuatu hidangan tidak kiralah sama ada sedikit atau banyak, kita hendaklah mulakan dengan (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) – “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani” , kemudian diikuti dengan doa khas iaitu Doa Sebelum Makan...


haa selepas baca doa diatas, barulah kita boleh mula makan hidangan kita tu…jgn komplen rezeki yg anda mkn yer…. 

Slps selesai mkn, kita juga disunatkan untuk mengakhiri ibadah kita dengan membaca doa selepas makan spt berikut…


Alhamdulillah, semoga rezeki yang masuk ke dalam tubuh badan kita itu diberkati oleh Allah.

Friday, December 14, 2012

Martabat dan Darjat Kaum Wanita

Antara Hadis-hadis Nabi Muhammad saw yang mengangkat martabat dan darjat kaum wanita:



















Thursday, December 13, 2012

iSteri-isTeri NaBi MuHamMaD sAw

1- Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah r.a.
2- Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a.
3- Aisyah bt. Abi Bakr r.a.
4- Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a.
5- Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a.
6- Ummu Habibah Ramlah bt. Abi Sufian r.a.
7- Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8- Safiyah bt. Huyay
9- Zainab bt. Jansyin
10- Raihanah bt. Zaid bin Amrin
11- Maimunah bt. Al-Harith
12- Zainab bt. Khuzaimah
13- Maria al-Qibtiyyah (Maria si Qibti)

cinTa RasuluLLAH kepaDa Aishah

Assalamualaikum wbt

Entri kali ini tentang kisah cinta Rasulullah saw dengan isteri yang paling dicintainya iaitu Aisyah...siapakah Aisyah? beliau adalah puteri kepada Saidina Abu Bakar As Sidiq, sahabat Rasulullah...Allah memuliakannya dengan menjadikan beliau salah seorang isteri kepada manusia terbaik di dunia iaitu Muhammad s.a.w.. Aisyah adalah isteri ketiga Nabi Muhammad saw. Aisyah menduduki tempat yang istimewa dan agung di hati Rasulullah...apabila ditanya kepada Nabi s.a.w. siapakah orang yang paling dicintai.."Aisyah" jawab Nabi...

Dua tahun setelah wafatnya Khadijah r.a datang wahyu kepada Nabi SAW untuk menikahi Aisyah r.a. Setelah itu Nabi SAW berkata kepada Aisyah, " Aku melihatmu dalam tidurku tiga malam berturut-turut. Malaikat mendatangiku dengan membawa gambarmu pada selembar sutra seraya berkata,' Ini adalah istrimu.' Ketika aku membuka tabirnya, tampaklah wajahmu. Kemudian aku berkata kepadanya, "Jika ini benar dari Allah SWT , niscaya akan terlaksana."

Aisyah sungguh istimewa berbanding isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain. Beliau berpengetahuan luas dalam bidang ugama seperti Quran, tafsir, hadis dan fikah.Ciri-ciri yang ada dalam diri Aisyah yang membuatkan Nabi Muhammad lebih mencintainya daripada isteri-isterinya yang lain.


Di antara isteri-isteri Rasulullah SAW, Saudah bin Zum`ah sangat memahami keutamaan-keutamaan Aisyah, sehingga dia merelakan seluruh malam bahagiannya untuk Aisyah. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa Aisyah sangat memperhatikan sesuatu yang menjadikan Rasulullah SAW rela. Dia menjaga agar jangan sampai beliau menemukan sesuatu yang tidak menyenangkan darinya. Karena itu, salah satunya, dia senantiasa mengenakan pakaian yang bagus dan selalu berhias untuk Rasulullah SAW. Menjelang wafat, Rasulullah SAW meminta izin kepada isteri-isterinya untuk beristirahat dirumah Aisyah selama sakitnya hingga wafat.

Dalam hal ini Aisyah berkata, "Merupakan kenikmatan bagiku karena Rasulullah SAW wafat dipangkuanku." Bagi Aisyah, menetapnya Rasulullah SAW selama sakit dikamarnya merupakan kehormatan yang sangat besar karena dia dapat merawat beliau hingga akhir hayat. Rasulullah SAW dikuburkan dikamar Aisyah, tepat ditempat beliau meninggal. Sementara itu, dalam tidurnya, Aisyah melihat tiga buah bulan jatuh ke kamarnya. Ketika dia memberitahukan hal ini kepada ayahnya, Abu Bakar berkata, "Jika yang engkau lihat itu benar, maka dirumahmu akan dikuburkan tiga orang yang paling mulia dimuka bumi." Ketika Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar berkata, "Beliau adalah orang yang paling mulia diantara ketiga bulanmu." Ternyata Abu Bakar dan Umar dikubur dirumah Aisyah.



  1. cinta Nabi Muhammad saw pada Aisyah adalah wahyu Allah
  2. Aisyah dikenali dengan "Ibu kepada orang yang beriman" ( Ummul Mukminin)

cP 2

CinTa RasuLuLLAH sAw (1)



Wednesday, December 12, 2012

Luh Mahfuz


  1. Apa itu Luh Mahfuz?
Luh Mahfuz ialah tempat catatan yang ditulis padanya ketetapan sekalian makhluk sehinggalah berlakunya hari kiamat nanti. 
  • "tiada satupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan (terdapat) dalam kitab yang nyata (Lauh mahfuzh)” An-Naml (27):75
  • Lauh Mahfuzh akan kekal selamanya karena ia termasuk makhluk yang abadi, selain Lauh Mahfuzh makhluk abadi adalah Arsy, syurga dan neraka.
Allah telah mencatat segala kejadian-kejadian di dalam Lauh mahfuzh, dari permulaan zaman sampai akhir zaman.

tapi

Menurut Tafsir Qurtabi, semua takdir makhuk Allah telah ditulisnya di Lauh Mahfuzh, boleh saja dihapus /diubah oleh Allah SWT atau Allah menetapkan sesuai dengan kehendak-Nya. Yang dapat mengubah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuzh itu hanya doa dan perbuatan baik/usaha.

“tiada yang bisa mengubah takdir selain doa dan tiada yang bisa memanjangkan umur kecuali perbuatan baik” - Sabda Rasulullah saw
“dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam induk Al-Kitab (Lauh Mahfuzh) di sisi kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah” Qs Az-Zukhruf (43):4